|
|
UJIAN PERMATApintar UKM1 KINI BERMULA
|
Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian
ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja.
Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja
terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar
menyertai program-program.
|
1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia
(untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan
3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).
|
|
Keperluan system:
1. Komputer dan tetikus
2. Capaian internet yang stabil
3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)
|
|
Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang
lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini,
dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja.
Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan
ini.
|
|
*Nota:
1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat
pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.
2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.
3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan
anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.
|
|
KLIK DI SINI UNTUK MEMULAKAN UJIAN ATAU MENYAMBUNG UJIAN SARINGAN
PERTAMA UKM1
|
PELUANG KERJA SAMBILAN
PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar 2010
|
JAWATAN:
1. Pengajar
2. Pembantu Akademik
3. Pembantu Pelajar
4. Kaunselor
5. Pengurus Tapak
6. Pengurus Akademik
7. Pengurus Pelajar
8. Pengurus Pejabat
|
|
|
|
JENIS KERJAYA: Kontrak
KEMUDAHAN: Elaun, kemudahan penginapan / makanan
TEMPOH BERTUGAS: 28 Nov 2009 – 17 Dis 2010
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 Mei 2010
Untuk maklumat lanjut sila
klik disini untuk muat turun dokumen.
JIKA BERMINAT HUBUNGI KAMI:
Sila hantar resume-CV kepada permatapintar@ukm.my
Pusat PERMATApintar Negara
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
|
|
|
|
|
Berita PERMATApintar
|
|
Ujian PERMATApintar UKM1 bermula. 1 Mac 2010 - 31 Mei 2010.
|
|
|
|
|
Majlis Pelancaran Tahun ke-2 Ujian Saringan Pertama PERMATApintar UKM1. 5 Mac 2010.Kolej
Tunku Kurshiah, Seremban
|
|
|
|
Galeri Bergerak
|
|
|
|
|
|
| © 2010 Universiti Kebangsaan Malaysia | Designed and Developed
by ARAKEN SDN. BHD. |
|
|
Untuk skrin 1024 X 768 dan ke atas
|
|